Sunday, 3 February 2013

HAPPY BIRTHDAY FARIS


Salam n holla semua.kali ni tentang kek birthday Faris,putera bongsu cik rose.Faris requested kek sama seperti cik rose buatkan untuk sepupunya Danial tapi keknya bukan choc moist tapi choc sponge cake.Faris kata choc sponge cake kalau dicurah ganache dan dihias dengan fresh strawberry rasanya lebih sedap dan lembut berbanding dengan choc moist cake.Ye ke Faris..agaknya betullah tu sebab selepas jiran cik rose rasa choc sponge cake yang cik rose buatkan untuk faris tu..terus je order untuk birthday anaknya pulaki.
Actually kek tu cik rose buatkan untuk Faris n buat makan2 kami sekeluarga je,tapi my hubby kata panggillah kawan2 Faris yang kebetulan sedang bermain depan rumah untuk makan kek..Tu ler dalam gambar pun hanya ada kek dan air sirap je,tak dak bihun goreng ke,karipap ke.Selepas kawan2 Faris abis makan n keluar sambung main semula,cik rose jemput ler beberapa orang jiran pulak.Anyway Faris HAPPY BIRTHDAY TO YOU dari mak dan abah semoga Faris membesar menjadi anak yang soleh dan cemerlang hidup di dunia dan akhirat.AMIN..AMIN..

No comments:

Post a Comment