Thursday, 23 February 2012

KEK DENGAN TEKNIK HIASAN STEAM BUTTERCREAM (SOFT FONDANT)



Salam n holla untuk semua,semoga anda berada dalam keadaan yang sangat menyenangkan.Sebelum cik rose cerita lebih lanjut tentang kek di atas ingin cik rose kongsikan dengan anda........pada petang tadi cik rose bersama geng sepengajian serta guru mengaji berkesempatan ziarah sahabat sepengajian kami dan 2 orang lagi sahabat yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah.Mereka akan bertolak ke KLIA malam ini dan seterusnya bertolak ke Mekah.Jelas terpancar rasa gembira diriak wajah mereka bertiga.Dalam hati ini berkata-kata...alangkah gembira dan bertuahnya rasa jika aku berada di tempat mereka..menjadi tetamu ALLAH.Ketika saling bersalaman dan berpelukan,ada airmata yang bergenang dikalangan kami..tak tahu ntah di mana sedihnya..kami saling berpesan pada mereka ketika di depan kaabah panggillah kami agar suatu hari nanti dipanjangkan umur dan ada rezeki kami pula menjadi tetamuNYA.Kepada sahabat bertiga..Selamat Menunaikan Umrah dan kami doakan kalian bertiga mendapat umrah yang mabrur..AMIN. Alahai..N3 kali ini agak sentimental sikit kan..oklah cik rose sambung balik perihal kek di atas tu..kek ni..menggunakan teknik hiasan steam buttercream atau soft fondant.itu kek testing sebenarnyer.Selepas balik dari kelas kek kahwin teknik soft fondant..semangat menyala-nyala ingin mencuba.So..esok tu ajak hubby beli bahan n mula ler practise.Alamak first try fail la plak...eehhh..bukan senang ye nak buat soft fondant ni..ada ketika tak jadi contohnya pecah minyak dan berbiji-biji..cerewetnyer.Setelah cubaan pertama gagal tak pa..keep going.n akhirnyer...berjaya juga cik rose buat soft fondant yang halus mulus seperti kek kat atas tu.tapi time ni..cik rose tak pandai sangat buat bunga al maklumlah..cik rose masih baru lagi dalam bidang ni..Sebelum ni..cik rose jait langsir.Tiap kali nak raya mula ler panjat tangga Kamdar,Nagoya n Alamoda kat SP ni..mencari ilham baru untuk jait langsir sendiri atau kastemer..tapi sekarang cinta beralih arah ke baking pulak dahhh.So pada sifu2 n mastersifu2 tolong beri tunjuk ajar pada cik rose ya.So kek kat atas tu..deconyer taklah secun yang bakers-bakers hebat buat...masih banyak lagi yang perlu di pelajari..tak pa practise make perfect.

No comments:

Post a Comment