Friday, 9 March 2012

KEK CARROT WALNUT


1/2 resepi RM50
Salam n holla,semoga anda berada dalam situasi yang sangat mendamaikan.Ingat lagi tak n3 terdahulu cik rose pernah mentioned nak bagi tahu tentang kek...so inilah keknyer.Kek carrot walnut yang disaluti sekelilingnya dengan cream cheese.Cik rose buat 1/2 resepi menggunakan loyang bersaiz 8".Cik rose excited sangat buat kek carrot ni...sambil melayan lagu Selena Gomez..love you like a love song..tangan ni rancak jer memarut carrot..mencincang walnut n so on..lepas semua adunan dimasukkan dalam loyang dan terus masuk oven..terdengar msg masuk,geng ngaji merangkap jiran cik rose antar sms.."k.yah panggil makan bihun goreng n cendol kat rumah dia sekarang"Wowww..bestnyer petang-petang cegini p pekena bihun goreng dan cendol sejuk tu..memang terangkatlahhh,tapi kan cik rose tak dapat p ler coz kek carrot baru jer masuk oven..nak harapkan Faris n kakaknya Intan tolong tengokkan...aiii risau plak kang hangit plak kek carrot tu..sayang ler mahal tau..dalamnyer of coz ada carrot,walnut,cream cheese n butter,semuanya diadun menggunakan bahan bermutu dan segar dari ladang..ye ke dari ladang,tapi carrot hiasan atas kek tu..dari fondant.
Ohh ya..lupa lak nak bagi tau..k.yah tu geng ngaji cik rose jugak..yang bebaru ni order cupcake doorgift 1000pcs.Tujuan k.yah ni buat makan-makan sebagai tanda terima kasih kepada kawan-kawan dan jiran yang telah bergotong-royong buat kerja sebelum kenduri,pada hari kenduri dan selepas kenduri.Terima kasih k.yah antar bihun cuma cendolnya dah abis awai..
Ok lah berbalik pada kek carrot..rasanya memang sedappp giler..kalau makan tanpa krim pun sedap jugak.memang  tak muak rasanya.Kalau kek carrot kosong tanpa krim saiz 8" cuma RM30 jer,so pada tok-tok dan tokwan-tokwan yang tak suka ada krim boleh jer order kek carrot tanpa krim.TETAPI kalau kek carrot dengan cream cheese lagi ler wallahhhh memang perggh.Cik rose sempat ler bawa p mengaji bagi guru nagaji dan geng ngaji rasa sorang sikit.Kesian pulak kat depa ni..coz cik rose bawa sikit sangat..tak pa lah nanti cik rose buat lagi..nak senang order jer terus boleh dapat sebijik kek carrot.Si Intan pun request kek carrot lagi..tak puas makan katanya.ok dear nanti mak buat lagi k
Cik rose stop setakat ini dulu.kita jumpa lagi di n3 seterusnya kepada semua para pelajar termasuk anak-anak cik rose yang bersekolah diucapkan SELAMAT BERCUTI,tetapi kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM tahun ini..jadikan cuti sekolah ni..sebagai peluang untuk mengulangkaji pelajaran ok anak-anak semua..




No comments:

Post a Comment