Monday, 18 February 2013

MY FIRST FONDANT CAKE





Salam n holla semua,bebaru ni..cik rose berkesempatan menghadiri kelas kek fondant bersama sifu Norhaslinda di Kaori Decorative Cake,Sg Dua Butterworth.Sifu Linda ni memang pakar dan handal dalam menghasilkan kek fondant.Deco hiasan kek fondantnya sentiasa mengikut trend terbaru.Cik rose dah lama teringin nak "berguru" dengan Linda dan akhirnya pada Sabtu 16/2/13 yang lalu cik rose bersama my bff Ninie bertolak dari SP ke Sg Dua dan sampai dalam sekitar pukul 10am.
Pertama kali bertemu Linda..orangnya memang cantik dan pandai buat kek pulak tu.Sifu! ni bukan nak bodeks tapi saja nak mengampu he..he..he..Anyway terima kasih banyak2 ya Linda kerana sudi ngajor cik rose dan kawan2 dengan penuh sabar.Kami semua puas hati sangat2 dengan ilmu yang kami dapat dari Linda..Selain daripada tu yang bestnyer kelas ni..dapat pulak resepi bagaimana nak menghasilkan sambal nasi lemak yang sangat sedap dan malatoppp...ehh,nanti uallz kata cammana leh keluar tajuk ni dari kek fondant tup..tup.keluar pasal sambal pulak dah.Sebenarnya,kebetulan mak Linda ada sekali dalam kelas,datang menemani anak kesayangannya.So,semasa kami sibuk menyiapkan kek fondant masing2 sempat jugak borak2 dengan mak Linda.Pelbagai topik yang dibualkan sampai le ke topik nasi lemak,lalu dapat le resepi free dari mak cik..Mak cik memang best la,teringin nak jumpa mak cik lagi.Kalau uallz nak dapat resepi sambal nasi lemak malatopp kena la pi jumpa mak Linda he..he..he.
Ok la berbalik semula tentang kek fondant..Bila cik rose dah belajar buat fondant dan deco kek dengan fondant baru le cik rose faham kenapa bakers2 jual kek fondant MAHALKek fondant memang cantik dan tahan lasak,tapi nak menghasilkan kek fondant bukannya kerja mudah,kita perlu teliti dan sabar.
Buat anda para kastemer semua,cik rose bersedia terima tempahan kek fondant sekarang.

ROTI JALA ATAU ROTI KIRAI


Salam n holla semua.N3 kali ni lain sikit dari kebiasaan,selalunya citer tentang kekkkkk..jew,tapi kali ni sesaja bagi laluan pada roti jala ni pulak,Roti jala atau arwah tok dan arwah nenek cik rose panggil ROTI KIRAI bila dimakan dengan kari ayam atau daging memang sedap.Ada jugak roti jala yang dimakan dengan kuah manis seperti kuah durian.
Putera bongsu si Faris yang beriya-iya mintak buatkan roti jala ni,kebetulan abang2nya pun tengah semester break..ok le cik rose buatkan roti jala tu.Aiii..jenuh jugak nak "menjala" sampai sekilo tepung,cam nak patah pinggang dibuatnyer,tapi bila tengok suami dan anak2 makan dengan berselera hilang semua kepenatan.Ianya suatu kepuasan bagi seorang ibu bila masakannya disukai oleh suami dan anak2nya,Betul tak???

TQ AYU

Choc Sponge Cake with fresh cream+ganache frosting
and fresh strawberries,9" RM45

Salam n holla semua.Bebaru ni,masa cuti raya cina yang lepas,cik rose dapat order dari 2 beranak iaitu Ayu dan ibunya Kak Yati.Diaorang order kek ni buat makan2 bersama family.Kak Yati n Ayu nak deco yang simple jer,maka terhasil le seperti yang kat atas tu.Walau pun cik rose tak berapa puas hati dengan deco cam gitu tapi ..ye lah kita ikut je macammana yang kastemer kita nak kan.Walau pun nampak macam tak menarik tapi rasanya memang sedap n wallahhhh.Ye lah bila choc sponge cake yang lombuit (lembut) tu digabungkan dengan fresh cream yang dicampur dengan ganache lalu menghasilkan rasa yang sangat sedap.Tak caya..boleh order dengan cik rose.

CISTAT BLUEBERRY N APAM POLKADOT;TQ AKMA N MIRA

 Blueberry Cheesetart,size 5cm
25pcs-RM30
Apam Polkadot mix filling
50pcs RM18

Salam n holla semua para pengunjung yang dihargi semoga anda bahagia hendaknya ya.N3 kali ini tentang order dari Akma dan Mira dari Politeknik Kulim.Actually Akma tolong order bagi pihak seniornya Mira....Mira order 25pcs cistat blueberry dan 150pcs apam polkadot mix filling.untuk dibawa balik ke KL pada cuti raya cina bebaru ni.Di antara filling apam polkadot ialah strawberry,blueberry,peanut butter,kaya dan kacang merah.Rasa apam polkadot yang lembut dan dicombine dengan filling2 yang telah diciterkan menghasilkan rasa yang sedap.Tak caya tanya Akma dan Mira..he..he..Begitu jugak dengan cistat blueberry di mana shellnya diadun menggunakan pure butter Anchor dan fillingnya pulak terdiri dari Blueberry Pie Filling dan Philadelphia Cream Cheese.
Kepada Akma dan Mira,cik rose ucapkan terima kasih banyak2 kerana sudi order dengan cik rose ya.Lain kali boleh order lagi.

Thursday, 7 February 2013

DURIAN CREPE LAGI


N3 kali ini tentang Durian Crepe (DC) yang diorder oleh kastemer.Time ni..ada separuh dah siap dan ada jugak dok tengah melenggang crepenya.Untuk buat crepenya memang ambil masa jugak untuk menyiapkannya..mau patah pinggang dibuatnya.Jika order DC banyak dan bila dah semua kastemer dah ambil time tu cik rose bayangkan alangkah bestnya kalau ada di spa,sambil berehat boleh jugak dimassage untuk menghilangkan lenguh2 badan..bayang je tak pi pun..Ok la jika anda di luar sana nak order DC boleh je contact cik rose ye.

DOORGIFT;TQ JOHANA

 600pcs plain cupcake
 1pcs plain cupcake RM0.60

Salam n holla semua semoga anda sihat hendaknya ye.N3 kali ni tentang 600pcs plain cupcake yang diorder oleh Johana sebagai doorgift.Johana order bagi pihak pengantin perempuan yang khabarnya dari Singapore dan majlis perkahwinannya diadakan di Hotel D'Vista Sungai Petani.Actually job ni di pass over oleh Julia kawan cik rose.Julia tak dapat ambil order ni kerana perlu pulang ke kampung.Tqvm ye Lia n tqvm jugak pada Johana.Untuk anda semua para pelawat jika ingin mengorder cupcake sebagai doorgift boleh je contact cik rose ye..kalau plain cupcake tu boleh je dipos jika anda tinggal jauh dari kawasan cik rose.Untuk yang berada di kawasan berdekatan rumah cik rose boleh jugak order cupcake yang ada krim sebagai doorgift.Harga boleh dirundingkan.

Monday, 4 February 2013

CHOC SPONGE CAKE



CHOC SPONGE CAKE with fresh cream frosting,
fresh strawberries and ganache 8"
RM45
Setelah abis deco choc sponge cake yang diorder oleh makndak saleha seperti yang cik rose citer dalam n3 lepas,terus sambung deco choc sponge cake ni pulak..si faris putera bongsu cik rose ler yang beria2 suruh buatkan kek ni bila dia tau cik rose buat kek yang sama untuk makndak saleha.Kebetulan kawan2 anak sulung cik rose datang ke rumah..lalu bagi ler diaorang rasa.Feedback dari diaorang ..rasa choc sponge cake ni memang sedap dan marbelesss.TOCHE..TOCHE...




BIRTHDAY CAKE;THANK YOU MAKNDAK SALEHA

 CHOC SPONGE CAKE with ganache,fresh strawberries,
and oreo biscuit 10"x10"-RM60
Salam n holla semua,n3 kali ni..tentang birthday cake yang ditempah oleh my regular customer iaitu makndak saleha yang jugak merupakan jiran cik rose .Birthday cake ni makndak tempah untuk puteri tunggalnya cikgu mardati..Actually makndak dah rasa keenakkan choc sponge cake ni masa cik rose buatkan untuk birthday Faris tempohari terus makndak terjatuh chenta pada rasanya..lalu makndak order untuk birthday anaknya pulak
Choc sponge cake ni cik rose layer dengan fresh cream yang dicampur dengan sedikit ganache dan disapu keseluruhannya dengan cream ni kemudian baru dicurah ganache serta dihias dengan fresh strawberries,biskut oreo dan kepingan choc..lalu menghasilkan rasa yang sangat perghhh..sedap.Kalau nak rasa boleh contact cik rose ye.Anyway pada makndak saleha,cik rose ucapkan TQVM kerana sudi order ngan cik rose .




KELAS SAVOURY PASTRY

 CHICKEN PIE
 MURTABAK CRAKERS
 ROTI GULUNG PEDAS PAPA MALATOP

QUICHE LORRAINE
Salam n holla semua para pelawat blog cik rose,semoga anda bahagia hendaknya ya.Pada 19 Jan 2013 yang lalu cik rose berkesempatan mengikuti kelas savoury pastry di ccc bersama sifu Yusniza Yahaya.Kalau selama ini hanya bermain dengan kemanisan buttercream tapi kali ini agak berlainan kerana kali ini bermain dengan pastry dan keharuman rempah yang ditumis...eemmmm memang kecur air liur dibuatnya.Kalau nak citer setiap satu jenis savoury ni memang mengambil masa yang panjang kerana bahan2 yang digunakan pun boleh tahan banyaknya...Nanti ler..bila cik rose dah try buat setiap satunya akan cik rose citerkan ye..dan cik rose tak buka untuk jualan lagi.Bila cik rose dah try buat dan berpuas hati dengan hasilnya baru berani jual..sabar ye.



CHOC SPONGE CAKE

Choc Sponge Cake with ganache n fresh strawberries 8"
RM45
Choc sponge cake ni sesaja buatkan untuk makan2 sekeluarga.Bagi cik rose rasa choc sponge cake yang dicombine dengan ganache dan fresh strawberry lebih sedap berbanding dengan choc moist kerana teksturnya lebih halus dan lembut...kalau ada sesiapa nak order boleh contact cik rose ye

KEK KAWEN;THANK YOU CIKGU SALINA



2 TIER WEDD CAKE;Bottom layer Red Velvet Cake 10"
and top layer Choc Moist Cake 8"-RM300
FOC,16pcs cupcake
Salam n holla semua,n3 kali ini tentang wedd cake yang ditempah oleh cikgu salina sempena perkahwinan putera sulungnya pada 2 Dis 2012 yang lalu.Majlis berlangsung di sebuah dewan di Tikam Batu Kedah..2 tier wedd cake di mana bottom layer Red Velvet Cake with cream cheese frosting luar dan dalam hanya untuk deco je gunakan buttercream.Sementara top layer pulak Choc Moist Cake with strawberry filling n buttercream frosting.Kaler temanya pulak hitam putih pilihan pengantin lelaki.
Memang meriah majlisnya n nasi serta lauk pauknya pun memang superb..TQVM ya cikgu salina n anaknya kerana sudi order ngan rose..Kalau ada sebarang tempahan lagi jangan lupa contact rose ye cikgu ! ! !


THANK YOU KAK KIAH

 Strawberry sponge cake with strawberry filling
9" RM50


Choc moist cake with ganache frosting n simple deco
8" RM45
Salam n holla semua para pengunjung blog cik rose.N3 kali ini tentang kek birthday yang diorder oleh kak kiah iaitu jiran selorong cik rose untuk birthday anak daranya Atiqah si manis 17.Memula kak kiah order strawberry sponge cake yang kaler pink purple tu untuk makan2 mereka sekeluarga sempena birthday tiqah.Selang 2 hari kak kiah order lagi bagi pihak anak daranya tu coz tiqah nak bawak ke sekolah untuk celebrate bersama2 kawannya pulak.Untung Tiqah ye sekali sambut birthday dengan 2 bijik kek sekaligus n ofcoz cik rose pun lagi ler suke he..he..TQVM ya kak kiah n tiqah kerana sudi order ngan cik rose..len kali leh order lagi ye

Sunday, 3 February 2013

HAPPY BIRTHDAY FARIS


Salam n holla semua.kali ni tentang kek birthday Faris,putera bongsu cik rose.Faris requested kek sama seperti cik rose buatkan untuk sepupunya Danial tapi keknya bukan choc moist tapi choc sponge cake.Faris kata choc sponge cake kalau dicurah ganache dan dihias dengan fresh strawberry rasanya lebih sedap dan lembut berbanding dengan choc moist cake.Ye ke Faris..agaknya betullah tu sebab selepas jiran cik rose rasa choc sponge cake yang cik rose buatkan untuk faris tu..terus je order untuk birthday anaknya pulaki.
Actually kek tu cik rose buatkan untuk Faris n buat makan2 kami sekeluarga je,tapi my hubby kata panggillah kawan2 Faris yang kebetulan sedang bermain depan rumah untuk makan kek..Tu ler dalam gambar pun hanya ada kek dan air sirap je,tak dak bihun goreng ke,karipap ke.Selepas kawan2 Faris abis makan n keluar sambung main semula,cik rose jemput ler beberapa orang jiran pulak.Anyway Faris HAPPY BIRTHDAY TO YOU dari mak dan abah semoga Faris membesar menjadi anak yang soleh dan cemerlang hidup di dunia dan akhirat.AMIN..AMIN..

APAM POLKADOT;TQ KAK YAH

Salam semua,order kali ini dari jiran lorong belakang rumah cik rose.Kak Yah order 100pcs apam polkadot mix filling untuk dibawa ke rumah sedaranya.TQVM kak yah len kali leh order lagi ye.

DURIAN CREPE LAGI DAN LAGI!!...



Salam n holla semua,n3 kali ini tentang DC yang diorder oleh kawan2 hubby dan jiran2 cik rose.Sebelum ini kawan2 hubby hanya dengar tentang durian crepe je tapi tak pernah rasa so diaorang pun order ler ngan cik rose..Begitu jugak ngan jiran2 cik rose,selepas sesi merasa di rumah cik rose tempoh hari,diaorang pun banyak yang mengorder n repeat order.Serius cakap,setelah merasa DC buat pertama kali terus terjatuh chenta padanya..So pada yang belum order boleh le contact cik rose,bagi yang tak makan durian boleh tukar kepada mempelam,blueberry dan strawberry.Anyway TQVM pada semua kawan2 hubby geng Airod B'worth dan jiran2 cik rose.

Saturday, 2 February 2013

THANK YOU NOR


 CHOC MOIST CAKE with ganache n fresh strawberries
10"x10" RM70
Order kali ini datangnya dari ana punya biras lahh.,Nor order apam polkadot sebanyak 150pcs dan sebiji choc moist cake sempena birthday putera kesayangannya Danial.150pcs polkadot yang terdiri pelbagai filling di dalamnya seperti strawberry,blueberry,orange,kaya,kacang merah dan peanut butter.Apam polkadot ni memang lembut dan sedap sangat sesuai untuk sebarang majlis serta boleh jugak dijadikan sebagai doorgift.
Choc moist cake pulak memang ngammm ler dengan choc ganache dan fresh strawberries tu..Time ni pulak nak dapatkan strawberry cameron highland pun payah..agaknya belum dituai lagi kot..cari kat tesco..giant semua tak ada..yang ada strawberry imported dari korea,harganya tak yah citer ler,tapi dah janji ngan Danial  ambik jugak ler.TQVM ya Nor sudi order ngan kak rose..nanti leh order lagi ye.

DURIAN CREPE LAGI!!



Alhamdulillah DC sangat2 mendapat sambutan terhangat setakat ni..tak menang tangan menyiapkan order DC..order kali ni pun dah lupa siapa..maaf ya.dan ada sebahagian DC memang tak sempat nak snap gambar sebab tengah2 sibuk melipat crepe ada kastemer yang datang pickup DC yang dah siap.TQVM ya kepada semua yang telah order DC dari cik rose..kepada yang belum rasa kesedapan DC ni..lekaih..lekaih..order ngan cik rose.

APAM POLKADOT..TQ KAK ZAH

APAM POLKADOT 50pcs RM18
Salam n holla semua,n3 kali ini pulak tentang apam polkadot yang ditempah oleh jiran cik rose,kak zah.Selepas siap bakor 200pcs plain cupcake untuk mariam dari Grik seperti yang cik rose citer dalam n3 lepas,terus je adun apam polkadot pulak.Walaupun agak penat tapi syukur alhamdulillah dengan rezeki yang ALLAH berikan.YA ALLAH mudah2an blog SWEETROSESHOMEMADE lebih dikenali dan semua product bakery yang dihasilkan dapat menepati citarasa semua para kastemer.AMIN.....

Friday, 1 February 2013

THANK YOU MARIAM

 MARBLE CHEESE BROWNIES 10"x10" RM55
PLAIN CUPCAKE 1pcs RM0.60
N3 kali ini tentang tempahan yang dibuat oleh Mariam dari Grik,Perak.Mariam order sebiji Marble Cheese Brownies(MCB) dan 200pcs plain cupcake.Citer tentang MCB,bagi yang belum pernah rasa cik rose terangkan ye..layer bawahnya tu seperti kek choc dan layer atanya pulak creamcheese dari brand Philadelphia yang semua maklum harganya agak mahal tapi untuk menghasilkan MCB yang marbelesss rasanya untuk kastemer apa salahnya guna brand mahal kan..kan..MCB yang Mariam order ni hanya untuk makan2 bersama familynya.
Sementara 200pcs plain cupcake tu pulak sebagai doorgift kepada para tetamu semasa majlis kenduri.MCB dan plain cupcake tu dihantar kepada Mariam melalui poslaju..Alhamdulillah kedua2nya sampai ke tangan Mariam dalam keadaan elok cuma MCB je comot sikit.Anyway TQVM ya Mariam kerana sudi order dengan cik rose walaupun jauh..cik rose sangat2 menghargainya.Kalau ada lagi yang berkenan dihati jangan lupa contact cik rose ok.

DURIAN CREPE IN THE HOUSE !!!..



Salam n holla semua para pelawat yang dihormati,semoga anda bahagia hendaknya ya.Lama benor tak mengupdate blog..dah bersawang dan berlumut agaknya..dan mungkin anda juga bosan asyik tengok benda yang sama jer..baru hari ni berkesempatan mengupdate blog.
N3 permulaan setelah lama menyepi diri ialah DURIAN CREPE..yang tengah malatop dan menjadi fenomena di tanah malaya ini.Ia diadun dengan 5 jenis tepung tak termasuk tepung gandum jauh sekali menggunakan santan ditambah pula lemak berkrim rasa krimnya ala2 ais cream menjadikan rasa DC ni sangat sedap dan wallahhhh.Ramai kastemer yang order pasti akan repeat order,tapi bagi yang tak makan durian boleh digantikan dengan mempelam masak so jadilah MANGGO CREPE.
Gambar di atas tu..adalah sebahagian DC yang diorder oleh kastemer,siapa orangnya pun cik rose dah lupa sebab lama sangat gambar tu tersimpan dalam camera dan ada sebahagian lagi tak sempat nak snap gambarnya kerana sibuk melenggang dan melipat DC.Anyway cik rose ucapkan berbanyak terima kasih pada semua kastemer yang telah mengoder DC dan pada yang belum rasa boleh contact cik rose ya.