Salam n holla semua,bebaru ni..cik rose berkesempatan menghadiri kelas kek fondant bersama sifu Norhaslinda di Kaori Decorative Cake,Sg Dua Butterworth.Sifu Linda ni memang pakar dan handal dalam menghasilkan kek fondant.Deco hiasan kek fondantnya sentiasa mengikut trend terbaru.Cik rose dah lama teringin nak "berguru" dengan Linda dan akhirnya pada Sabtu 16/2/13 yang lalu cik rose bersama my bff Ninie bertolak dari SP ke Sg Dua dan sampai dalam sekitar pukul 10am.
Pertama kali bertemu Linda..orangnya memang cantik dan pandai buat kek pulak tu.Sifu! ni bukan nak bodeks tapi saja nak mengampu he..he..he..Anyway terima kasih banyak2 ya Linda kerana sudi ngajor cik rose dan kawan2 dengan penuh sabar.Kami semua puas hati sangat2 dengan ilmu yang kami dapat dari Linda..Selain daripada tu yang bestnyer kelas ni..dapat pulak resepi bagaimana nak menghasilkan sambal nasi lemak yang sangat sedap dan malatoppp...ehh,nanti uallz kata cammana leh keluar tajuk ni dari kek fondant tup..tup.keluar pasal sambal pulak dah.Sebenarnya,kebetulan mak Linda ada sekali dalam kelas,datang menemani anak kesayangannya.So,semasa kami sibuk menyiapkan kek fondant masing2 sempat jugak borak2 dengan mak Linda.Pelbagai topik yang dibualkan sampai le ke topik nasi lemak,lalu dapat le resepi free dari mak cik..Mak cik memang best la,teringin nak jumpa mak cik lagi.Kalau uallz nak dapat resepi sambal nasi lemak malatopp kena la pi jumpa mak Linda he..he..he.
Ok la berbalik semula tentang kek fondant..Bila cik rose dah belajar buat fondant dan deco kek dengan fondant baru le cik rose faham kenapa bakers2 jual kek fondant MAHALKek fondant memang cantik dan tahan lasak,tapi nak menghasilkan kek fondant bukannya kerja mudah,kita perlu teliti dan sabar.
Buat anda para kastemer semua,cik rose bersedia terima tempahan kek fondant sekarang.