Choc Moist Cake RM75
Gambar blur sikit..maklum ler camera murah jer
2 tone colour,bright n light yellow
suka dengan bunga ni,kelopaknya pecah2 macam real roses kan
Salam n holla semua.Hari ini 14 Syawal 1433H,belum terlewat lagikan cik rose mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat anda semua para pengunjung yang dihormati.Bagaimana sambutan hari raya tahun ini?Tentu meriah disamping keluarga tersayang ye,tapi bagi yang tidak dapat bersama keluarga seperti terpaksa bertugas samada di dalam mahupun di luar negara atau para pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara atau anak2 yang berada di rumah anak2 yatim..di lain kesempatan tentu anda dapat bersama keluarga meraikan kehadiran Syawal yang mulia.Bagi anak2 di rumah anak2 yatim yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua2 sekali,ingatlah kamu semua masih ada orang yang berada diseliling kamu yang menyayangi kamu.
Ok lah,berbalik kepada N3 kali ini..haii lama benor tak update blog..dah bersawang dan ditumbuhi semak samun menjalar sampai ke bumbung dah..Sebenarnya..sepanjang Ramadan cik rose tak berkesempatan langsung bukak blog atau fb kerana sibuk sesangat menyiapkan tempahan biskut raya.Sekarang ni ler ada peluang,itu pun sementara anak sulung cik rose ada di rumah,boleh ler guna laptop.Minggu depan si Faiz balik semula ke UTeM..alahai cik rose dah tak ada laptop yang rosak pun belum repair lagi..hubby please belikan i yang baru..he..he.
N3 kali ini tentang kek hantaran choc moist yang ditempah oleh Nur Fatin dari Kepala Batas Penang untuk majlis akad nikah bakal abang iparnya.Fatin ni baik dan lembut orangnya,bukan tu saja orangnya pun putih melepak..cantik sesangat..Ada sapa2 teringin nak buat menantu,sila hangkat tangan..opps sori yer uallz semua si Fatin ni dah ada yang punya,lepas ni giliran dia pulak naik pelamin...time tu nanti order ngan cik rose lagi ye.Anyway Fatin tqvm n nice deal with u.
No comments:
Post a Comment