Tuesday, 4 September 2012

KEK CHOC MOIST,CIK KIAH

 Kek Choc Moist RM50
 Salam n holla semua para pelawat,cik rose doakan semoga anda semua sihat dan berbahagia hendaknya di samping apa juga yang anda lakukan.N3 kali ni tentang kek coklat moist yang telah ditempah oleh jiran cik rose untuk birthday anak bujangnya Zairi.HAPPY BIRTHDAY ZAIRI,cik rose doakan Zairi dipanjangkan usia,dilapangkan rezeki dan diberkati ALLAH hendaknya.Time cik kiah datang nak ambil kek,cik rose baru nak snap gambar..cik kiah kata "ala..sayangnya nak makan kek ni" Tapi yang hampehnya kek board tu tak ada saiz yang cik rose nak...so tak boleh nak deco lebih2 ler,letak grated coklat pun dah terkeluar dari kek boardnya..tu yang tak puas hati tu.Anyway cik kiah,tqvm ya sudi order ngan rose nanti order lagi tau

Ok yang kat atas ni pulak cik rose sengaja buat untuk anak2.Bila diaorang tengok cik rose buatkan untuk cik kiah..eemm apa lagi ler depa pun nak jugak.Ye lah sayangkan anak kan ikut je letapi deconyer simple je.Coklat ganache pun dah tinggal sikit..kira ok la tu...janji anak2 suka.

Saturday, 1 September 2012

TEMPAHAN BISKUT RAYA 2012


.
Salam n holla semua para pelawat blog cik rose yang tak seberapa ni.N3 kali ini tentang tempahan biskut raya 2012 bebaru ni.Nanti ada yang berkata tak letak sample dlm blog pun.Ya  betul tu..tak sempat nak iklankan dalam blog pun cuma sempat iklan dalam fb jer.2 minggu sebelum puasa,sepanjang bulan puasa hinggalah pada hari terakhir puasa cik rose bz sesangat siapkan tempahan biskut raya.Tahun ini alhamdulillah tempahan meningkat berbanding tahun2 lepas.Kebanyakkan biskut dihantar kepada para kastemer seminggu sebelum raya tetapi disaat akhir pun masih ada lagi tempahan yang masuk,tak sampai hati pulak nak hampakan permintaan orang.Tambah lagi cik rose siapkan tempahan berdua dengan Faiz anak sulung cik rose yang kebetulan sedang bercuti semester dan mr hubby pulak time cuti hujung minggu jer dapat nolong cik rose.Memang nasib baik jugak ler si Faiz sedang semester break,selain dapat tolong cik rose buat biskut,dapat la jugak Faiz ambil alih tugas cik rose menghantar adik2nya ke kelas kafa,ke sekolah ,kelas ngaji dan kelas tusyen.Kesian pulak tengok si Faiz kena hantar adik2nya yang bersekolah 2 sesi pagi dan petang lepas tu datang tolong cik rose pulak.Tahun depan kalau kebetulan Faiz x semester break nampaknya   terpaksa ler cik rose cari pembantu,kalau tidak mau tercabut tangan dibuatnyer..ehhh ada ke sampai jadi lagu tu.
Walaupun agak sibuk tapi sempat siapkan tempahan kastemer on time.Tentang persiapan rumah untuk menyambut aidilfitri memang tak ada langsung.Tak ada masa nak tukar langsir ke,gubah bunga ke,deco rumah ke n keadaan rumah dah macam di landa tsunami.Baju raya anak2,si Faiz,Faizal dan Faris sempat le diaorang keluar shopping ngan abahnya,cuma si Intan jer kalau cik rose tak ikut dia pun tak nak ikut abahnya.Jadinya baju Intan cik rose beli malam raya.
Setelah berhari raya di kampung cik rose di Penang dan kampung hubby di Perak,kami balik ke SP pada hari raya ke4.Esoknya tu baru ler sibuk nak tukar langsir..langsir lama jer,sibuk memvacum ler,ngemop lantai ler,lap tingkap ler dll..sambil buat keje dalam hati berkata haii jangan ler ada tetamu datang tengah vacum ke,tengah tukar langsir ke.Sekarang si Faizal pun telah balik semula ke UPNM dan abangnya Faiz akan balik semula ke UTeM Melaka minggu depan.
Di sini cik rose ambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para kastemer dihormati yang berada di TUDM B'WORTH,AIROD B'WORTH,AIROD TUDM ALOR STAR,INTEL KULIM DAN SELURUH KASTEMER YANG BERADA DI SEKITAR KEDAH,PERAK,P.PINANG DAN K.L DAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN UNTUK ANDA SEMUA.Insyaallah tahun depan jika dipanjangkan usia kita deal lagi.

APAM POLKADOT-TQ KAK ANI


Apam polkadot 100pcs

N3 kali ini,tentang tempahan apam polkadot sebanyak 100pcs kak ani jiran selorong cik rose.Kak ani tempah apam ni untuk dibawa balik ke kampungnya di Sanglang Kedah untuk jamuan sambut puasa dengan keluarganya.TUUUU....dia punyala lama simpan citer ni..haiii cik rose oiii la ni dah pertengahan Syawal dah..baru nak post ke.Nak buat camna sebelum ni cik rose sibuk sesangat,tak sempat nak post n3 terbaru.Anyway kak ani tqvm kerana tempah ngan rose ye nanti kalau ada apa2 event leh la tempah lagi ye he..he..

FRUIT TART N CHEESE TART CIKGU SALINA

 Fruit tart
 Salam n holla untuk anda semua.Kat atas tu adalah fruit tart.Rasanya sedap sangat.Kalau di tambah hirisan kiwi dan anggur hitam mesti lagi menarik kan,tapi dalam ess box cuma ada peach dan strawberry jer.Kira ok jugak la tu.Bila makan terasa masam2 manis dari krim kastard dan hirisan buahnya.
 Blueberry Cheese Tart 50pcs-tqvm Cikgu Salina
Blueberry cheese tart kat atas tu di tempah oleh cikgu salina pengetua Tadika Najiha.Tqvm cikgu kerana sudi tempah ngan rose ya.Tengok fillingnya memang banyak,cik rose gunakan yang pai filling punya tau memang kaya ngan rasa blueberrynya.Kalau ada yang nak order boleh jer sms or calling by this number 0194411968 wokey

KEK HANTARAN BUAT ABANG CHAQ

 Choc Moist Cake RM75
 Gambar blur sikit..maklum ler camera murah jer
 2 tone colour,bright n light yellow
 
suka dengan bunga ni,kelopaknya pecah2 macam real roses kan

Salam n holla semua.Hari ini 14 Syawal 1433H,belum terlewat lagikan cik rose mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat anda semua para pengunjung yang dihormati.Bagaimana sambutan hari raya tahun ini?Tentu meriah disamping keluarga tersayang ye,tapi bagi yang tidak dapat bersama keluarga seperti terpaksa bertugas samada di dalam mahupun di luar negara atau para pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara atau anak2 yang berada di rumah anak2 yatim..di lain kesempatan tentu anda dapat bersama keluarga meraikan kehadiran Syawal yang mulia.Bagi anak2 di rumah anak2 yatim yang  kehilangan ibu atau bapa atau kedua2 sekali,ingatlah kamu semua masih ada orang yang berada diseliling kamu yang menyayangi kamu.
Ok lah,berbalik kepada N3 kali ini..haii lama benor tak update blog..dah bersawang dan ditumbuhi semak samun menjalar sampai ke bumbung dah..Sebenarnya..sepanjang Ramadan cik rose tak berkesempatan langsung bukak blog atau fb kerana sibuk sesangat menyiapkan tempahan biskut raya.Sekarang ni ler ada peluang,itu pun sementara anak sulung cik rose ada di rumah,boleh ler guna laptop.Minggu depan si Faiz balik semula ke UTeM..alahai cik rose dah tak ada laptop yang rosak pun belum repair lagi..hubby please belikan i yang baru..he..he.
N3 kali ini tentang kek hantaran choc moist yang ditempah oleh Nur Fatin dari Kepala Batas Penang untuk majlis akad nikah bakal abang iparnya.Fatin ni baik dan lembut orangnya,bukan tu saja orangnya pun putih melepak..cantik sesangat..Ada sapa2 teringin nak buat menantu,sila hangkat tangan..opps sori yer uallz semua si Fatin ni dah ada yang punya,lepas ni giliran dia pulak naik pelamin...time tu nanti order ngan cik rose lagi ye.Anyway Fatin tqvm n nice deal with u.