Thursday, 8 March 2012

MY FIRST BIG ORDER

Salam n holla,semoga anda para pengunjung semua berada dalam keadaan yang sangat menyenangkan.Sepanjang hari ni kat sp mendung jer dan sesekali hujan..eemm sejuk dan nyaman jer rasanya.Cer bayangkan dalam keadaan cuaca cegini kita berada di Cameron Highland..jenjalan sambil makan strawberry cicah chocolate..woww bestnyer.Cik rose ni..hanya boleh bayangkan Cameron Highland jer la..nak bayangkan berada di London ke atau di Ireland ke ..tak boleh ler coz tak pernah sampai kat sana pun..
Oklah berbalik pada pic kat atas tu..baru-baru ni..cik rose dapat big order 1000pcs plain cupcake sebagai doorgift kenduri kawin.Cik rose rasa excited sangat terima order ni kerana inilah kali pertama cik rose dapat order banyak macam ni..yelah cik rose masih baru lagi involve dalam bidang baking ni.Banyak lagi yang perlu dipelajari.Cik rose ambil masa 3 hari untuk siapkan order ni..bermula dari jam 5.45am dah bangun masak untuk anak-anak,sambil tu..masukkan kain baju dalam washing machine dan terus kemas rumah.Lepas antar Faris ke KAFA ..maka bermulalah project mengadun,membakar dan membungkus cupcake.Kebetulan pada hari pertama..my hubby kena buat medical check-up di KMC,actually setiap tahun semua staff AIROD kena buat medical check-up di KMC.SO..my hubby balik dari KMC dalam 11.00am dah ada kat rumah apalagi ler semua tugas supir diserahkan pada my hubby jer.Cik rose hanya menghadap oven dari pagi sampai petang dan sambung semula lepas maghrib hingga jam 1.30am..cuma stop kejap untuk makan n solat tapi oven tetap on..mintak hubby tolong tengokkan.
Pada hari kedua Selasa 28/2..sama jugak seperti hari pertama iaitu lauk-pauk makan tengahari dan kerja rumah semua beres diawal pagi lepas tu..project cupcake pun bermula sampai lewat malam.
Pada hari ketiga Rabu 29/2..sama jer seperti hari pertama dan kedua.Kebetulan hari ni..Faizal memang cuti so 2 hari lah Faizal ambik alih tugas supir adik-adiknya.Tapi hari ni..project cupcake abis awal,tak sampai tengahari quantiti cupcake dah melebihi dari 1000pcs...alhamdulillah syukur Ya ALLAH kerana Kau mendengar doaku agar project cupcake ni berjalan lancar tanpa masalah.Cik rose risau kalau-kalau oven europa cik rose tu meragam,seperti yang pernah berlaku pada Ramadhan tahun lepas,time tu cik rose tengah buat biskut tempahan kastemer tiba-tiba jer oven tu tak berfungsi tak gelabah giler dibuatnyer..tapi kali ni alhamdulillah ok.
Anyway tq so much pada Ina n her loving MIL kerana sudi menempah doorgift cupcake ni dari SRH.Kalau uallz nak tahu MIL si Ina ni..Kak Yah geng mengaji cik rose jugak merangkap jiran lorong belakang rumah cik rose.Ina ni..baik dan lembut orangnya bertuah k.yah dapat menantu seperti dia.KEPADA YUSZAIRI DAN SITI ZAIRINA..SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA..AMIN


1 comment:

  1. Assalam cik ros,plain cupcake ni rm berapa sebiji n tahan berapa lama?

    ReplyDelete