Friday, 30 March 2012

MARBLE CHEESE BROWNIES


Marble Cheese Brownies
10"x10" RM55
Salam n holla semoga anda semua berbahagia hendaknya.N3 kali ni..tentang Marble Cheese Brownies yang dah lama jadi produk jualan bakers-bakers lain,tapi MCB ni..merupakan produk baru di SRH..maklumlah ye cik rose ni kan masih baru dalam baking ni..jadi sekarang ni sentiasa mencuba pelbagai resepi di samping tu turut menghadiri kelas-kelas baking sebagai persediaan untuk memahirkan diri dalam menyediakan menu produk di SRH.
So MCB ni...dimana lapisan bawahnya diadun dengan campuran tepung,serbuk koko dan walnut cincang,sementara lapisan atasnya pula adalah cream cheese.So kombinasi kedua-dua lapisan tu memberi satu rasa yang enak.MCB ni jugak sesuai untuk semua majlis atau untuk diberi sebagai tanda kasih anda pada seseorang dan boleh jugak ditulis ucapan selamat di atasnya.Kepada yang ingin mencuba MCB ni jangan segan-segan untuk mengorder ye..   

Thursday, 29 March 2012

KEK KARAMEL PELANGI

 

  Kek Karamel Pelangi
Size loyang 8" RM40.00
 Salam n holla semua,n3 kali ni tentang kek karamel..ada orang kata kalau durian tu..raja segala buah dan kek karamel ni pulak raja segala kek..ye ker..betul ler kot sebab kek karamel ni memang sedap sangat rasanya.Tambah pulak makan sejuk-sejuk maknanya kena letak dalam peti ais dulu.Memang jadi kegilaan pada penggemar kek ni.Sangat sesuai untuk sebarang majlis atau nak beri pada seseorang yang anda sayangi atau anda sendiri yang ingin rasa keenakan kek ni so sila oi sila....order jer dengan cik rose.

  



Friday, 9 March 2012

KEK CARROT WALNUT


1/2 resepi RM50
Salam n holla,semoga anda berada dalam situasi yang sangat mendamaikan.Ingat lagi tak n3 terdahulu cik rose pernah mentioned nak bagi tahu tentang kek...so inilah keknyer.Kek carrot walnut yang disaluti sekelilingnya dengan cream cheese.Cik rose buat 1/2 resepi menggunakan loyang bersaiz 8".Cik rose excited sangat buat kek carrot ni...sambil melayan lagu Selena Gomez..love you like a love song..tangan ni rancak jer memarut carrot..mencincang walnut n so on..lepas semua adunan dimasukkan dalam loyang dan terus masuk oven..terdengar msg masuk,geng ngaji merangkap jiran cik rose antar sms.."k.yah panggil makan bihun goreng n cendol kat rumah dia sekarang"Wowww..bestnyer petang-petang cegini p pekena bihun goreng dan cendol sejuk tu..memang terangkatlahhh,tapi kan cik rose tak dapat p ler coz kek carrot baru jer masuk oven..nak harapkan Faris n kakaknya Intan tolong tengokkan...aiii risau plak kang hangit plak kek carrot tu..sayang ler mahal tau..dalamnyer of coz ada carrot,walnut,cream cheese n butter,semuanya diadun menggunakan bahan bermutu dan segar dari ladang..ye ke dari ladang,tapi carrot hiasan atas kek tu..dari fondant.
Ohh ya..lupa lak nak bagi tau..k.yah tu geng ngaji cik rose jugak..yang bebaru ni order cupcake doorgift 1000pcs.Tujuan k.yah ni buat makan-makan sebagai tanda terima kasih kepada kawan-kawan dan jiran yang telah bergotong-royong buat kerja sebelum kenduri,pada hari kenduri dan selepas kenduri.Terima kasih k.yah antar bihun cuma cendolnya dah abis awai..
Ok lah berbalik pada kek carrot..rasanya memang sedappp giler..kalau makan tanpa krim pun sedap jugak.memang  tak muak rasanya.Kalau kek carrot kosong tanpa krim saiz 8" cuma RM30 jer,so pada tok-tok dan tokwan-tokwan yang tak suka ada krim boleh jer order kek carrot tanpa krim.TETAPI kalau kek carrot dengan cream cheese lagi ler wallahhhh memang perggh.Cik rose sempat ler bawa p mengaji bagi guru nagaji dan geng ngaji rasa sorang sikit.Kesian pulak kat depa ni..coz cik rose bawa sikit sangat..tak pa lah nanti cik rose buat lagi..nak senang order jer terus boleh dapat sebijik kek carrot.Si Intan pun request kek carrot lagi..tak puas makan katanya.ok dear nanti mak buat lagi k
Cik rose stop setakat ini dulu.kita jumpa lagi di n3 seterusnya kepada semua para pelajar termasuk anak-anak cik rose yang bersekolah diucapkan SELAMAT BERCUTI,tetapi kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM tahun ini..jadikan cuti sekolah ni..sebagai peluang untuk mengulangkaji pelajaran ok anak-anak semua..




Thursday, 8 March 2012

MY FIRST BIG ORDER

Salam n holla,semoga anda para pengunjung semua berada dalam keadaan yang sangat menyenangkan.Sepanjang hari ni kat sp mendung jer dan sesekali hujan..eemm sejuk dan nyaman jer rasanya.Cer bayangkan dalam keadaan cuaca cegini kita berada di Cameron Highland..jenjalan sambil makan strawberry cicah chocolate..woww bestnyer.Cik rose ni..hanya boleh bayangkan Cameron Highland jer la..nak bayangkan berada di London ke atau di Ireland ke ..tak boleh ler coz tak pernah sampai kat sana pun..
Oklah berbalik pada pic kat atas tu..baru-baru ni..cik rose dapat big order 1000pcs plain cupcake sebagai doorgift kenduri kawin.Cik rose rasa excited sangat terima order ni kerana inilah kali pertama cik rose dapat order banyak macam ni..yelah cik rose masih baru lagi involve dalam bidang baking ni.Banyak lagi yang perlu dipelajari.Cik rose ambil masa 3 hari untuk siapkan order ni..bermula dari jam 5.45am dah bangun masak untuk anak-anak,sambil tu..masukkan kain baju dalam washing machine dan terus kemas rumah.Lepas antar Faris ke KAFA ..maka bermulalah project mengadun,membakar dan membungkus cupcake.Kebetulan pada hari pertama..my hubby kena buat medical check-up di KMC,actually setiap tahun semua staff AIROD kena buat medical check-up di KMC.SO..my hubby balik dari KMC dalam 11.00am dah ada kat rumah apalagi ler semua tugas supir diserahkan pada my hubby jer.Cik rose hanya menghadap oven dari pagi sampai petang dan sambung semula lepas maghrib hingga jam 1.30am..cuma stop kejap untuk makan n solat tapi oven tetap on..mintak hubby tolong tengokkan.
Pada hari kedua Selasa 28/2..sama jugak seperti hari pertama iaitu lauk-pauk makan tengahari dan kerja rumah semua beres diawal pagi lepas tu..project cupcake pun bermula sampai lewat malam.
Pada hari ketiga Rabu 29/2..sama jer seperti hari pertama dan kedua.Kebetulan hari ni..Faizal memang cuti so 2 hari lah Faizal ambik alih tugas supir adik-adiknya.Tapi hari ni..project cupcake abis awal,tak sampai tengahari quantiti cupcake dah melebihi dari 1000pcs...alhamdulillah syukur Ya ALLAH kerana Kau mendengar doaku agar project cupcake ni berjalan lancar tanpa masalah.Cik rose risau kalau-kalau oven europa cik rose tu meragam,seperti yang pernah berlaku pada Ramadhan tahun lepas,time tu cik rose tengah buat biskut tempahan kastemer tiba-tiba jer oven tu tak berfungsi tak gelabah giler dibuatnyer..tapi kali ni alhamdulillah ok.
Anyway tq so much pada Ina n her loving MIL kerana sudi menempah doorgift cupcake ni dari SRH.Kalau uallz nak tahu MIL si Ina ni..Kak Yah geng mengaji cik rose jugak merangkap jiran lorong belakang rumah cik rose.Ina ni..baik dan lembut orangnya bertuah k.yah dapat menantu seperti dia.KEPADA YUSZAIRI DAN SITI ZAIRINA..SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA..AMIN