200pcs apam polkadot
2 tier wedd cake,bottom layer 10" choc moist
cake with strawberry filling n top layer 8" orange sponge cake
with orange filling RM200 n FOC 16 pcs cupcakes
Salam n holla semua pada anda para pengunjung yang dihargai semoga anda semua berbahagia hendaknya.N3 kali ini tentang order cikgu Mardhati dan ibunya Makndak Soleha yang merupakan regular kastemer cik rose.Mereka berdua telah mengorder 200pcs apam polkadot mix filling dan 2 tier wedd cake sempena majlis perkahwinan cikgu Mardhati dan pasangannya Yusof yang telah diadakan di Felda Teloi Kanan,Kedah pada Sabtu 17/11/12.
Bermula setelah solat subuh pagi Jumaat 16/11/12 cik rose dah mula mengedot apam polkadot hingga ke tengahari..lepas tu mula membakor kek dan cupcake lak hingga membawa ke petang.Setelah solat maghrib mula ler nak mendeco kek sambil menunggu cikgu Mardhati yang lebih mesra dipanggil kakak datang mengambil apam polkadot sebanyak 200pcs tuu.
Esoknya hari kenduri..cik rose bertolak ke Felda Teloi Kanan.Biasanya kalau nak hantar kek ke kastemer,cik rose akan lipat seat belakang keta avanza n letak kotak kek dengan cara ini keadaan kek lebih selamat tapi keta lak kena drive perlahan ler.Tapi kali ini,kebetulan anak2 semuanya ada n semua pun nak ikut ke majlis kenduri so altenatifnya kena riba ler jawabnya semua kek tuu..si Faizal riba sambil pegang cupcake,si Faiz lak riba yang top layer n cik rose riba sambil pegang yang bottom layer.Jalannya lak banyak lubang n kona2 bila sampai ke Felda Teloi n nak set up kek baru perasan kek yang bottom layer comot sikit kat bahagian tepi bawah yang lain semua selamat.Hu..hu..frust jugak la,maaf ya kakak.Anyway cik rose sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat kakak dan suami semoga kekal bahagia selamanya dan tqvm kerana sudi order dengan cik rose....