Saturday, 17 November 2012

APAM POLKADOT DAN KEK KAWEN CIKGU MARDHATI

 200pcs apam polkadot
 2 tier wedd cake,bottom layer 10" choc moist
cake with strawberry filling n top layer 8" orange sponge cake
with orange filling RM200 n FOC 16 pcs cupcakes



Salam n holla semua pada anda para pengunjung yang dihargai semoga anda semua berbahagia hendaknya.N3 kali ini tentang order cikgu Mardhati dan ibunya Makndak Soleha yang merupakan regular kastemer cik rose.Mereka berdua telah mengorder 200pcs apam polkadot mix filling dan 2 tier wedd cake sempena majlis perkahwinan cikgu Mardhati dan pasangannya Yusof yang telah diadakan di Felda Teloi Kanan,Kedah pada Sabtu 17/11/12.
Bermula setelah solat subuh pagi Jumaat 16/11/12 cik rose dah mula mengedot apam polkadot hingga ke tengahari..lepas tu mula membakor kek dan cupcake lak hingga membawa ke petang.Setelah solat maghrib mula ler nak mendeco kek sambil menunggu cikgu Mardhati yang lebih mesra dipanggil kakak datang mengambil apam polkadot sebanyak 200pcs tuu.
Esoknya hari kenduri..cik rose bertolak ke Felda Teloi Kanan.Biasanya kalau nak hantar kek ke kastemer,cik rose akan lipat seat belakang keta avanza n letak kotak kek dengan cara ini keadaan kek lebih selamat tapi keta lak kena drive perlahan ler.Tapi kali ini,kebetulan anak2 semuanya ada n semua pun nak ikut ke majlis kenduri so altenatifnya kena riba ler jawabnya semua kek tuu..si Faizal riba sambil pegang cupcake,si Faiz lak riba yang top layer n cik rose riba sambil pegang yang bottom layer.Jalannya lak banyak lubang n kona2 bila sampai ke Felda Teloi n nak set up kek baru perasan kek yang bottom layer comot sikit kat bahagian tepi bawah yang lain semua selamat.Hu..hu..frust jugak la,maaf ya kakak.Anyway cik rose sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat kakak dan suami semoga kekal bahagia selamanya dan tqvm kerana sudi order dengan cik rose....

Tuesday, 13 November 2012

KEK KAWEN IWAN DAN DAYAH

 2 tier wedd cake.Bottom layer Red Velvet cake 10"
n top layer Vanila Sponge cake with strawberry filling 8:"
RM250
2 tier wedd cake n 16pcs cupcake simple deco

Salam semua n3 kali ini tentang 2 tier wedd cake yang telah ditempah oleh Kak Ani jiran cik rose sempena perkahwinan anaknya Iwan dan pasangannya Hidayah.Kalau uallz nak tahu Kak Ani jugak pernah tempah kek hantaran ketika pertunangan Iwan dan Dayah dulu n sekarang kek kawen pulak.So lepas ni..Kak Ani jangan lupa tempah kek untuk majlis cukur jambul cucu pulak ye  he..he..Kak Ani n Dayah request kek Red Velvet untuk bottom layer..wow memang sedap ler kalau red velvet,keknya semua dilapisi cream cheese luar  dan dalam cuma bunganya je dari buttercream.Sementara top layer pulak vanilla sponge cake n dilapisi filling strawberry di dalamnya.Selepas acara potong kek oleh pasangan pengantin..Kak Ani telah potong2 kedua2 kek untuk dijamu pada sanak-sedara dan jiran2 yang buat keja.Feedback yang cik rose dapat dari diaorang semua kata kek sedap.Kalau kek sponge tu dah besa rasa tapi Red Velvet ada yang baru pertama kali rasa n diaorang kata sedap sangat red velvet tu...alhamdulillah syukur sangat.Lepas ni leh le order kek Red Velvet untuk wedding ye kerana cream cheese lebih sedap dari buttercream.

PAVLOVA

Salam n holla,pada 3/11.12 yang lalu cik rose berkesempatan join kelas PAVLOVA di ccc.Dah lama nak join kelas ni,tapi x berpeluang,baru aritu le dapat g kelas rasa hepy sesangat.Walau pun banyak resepi pavlova di internet atau dalam majalah dimana kebanyakkan krimnya hanya menggunakan fresh cream je tapi dalam kelas sifu Yusniza telah mengajar bagaimana menghasilkan krim yang sangat sedap,masih menggunakan fresh cream tapi ada lagi bahan tambahan untuk menyedapkan lagi rasa pavlova.Bagi sesiapa nak order harganya seperti berikut: Untuk satu layer saiz 9" RM60,2 layer saiz 9" RM100 dan untuk saiz mini pavlova 16pcs RM60

KEK KARAMEL PELANGI

Kek Karamel RM40
Bebaru ni..sesaja jer buatkan kek karamel pelangi ni untuk makan2.Dah lama gak si Faris suruh buatkan tapi  x berkesempatan nak buat bz bebenor.Kek karamel ni memang sedap bila makan time baru keluar dari peti ess..wow memang wallahh tapi nak membuatnya tu agak remeh ler,banyak step2nya nak kena ikut sebab tu harganya mahal sikit,berbaloi dengan cara buatnya yang rumit.

APAM POLKADOT TEMPAHAN

 Apam polkadot 50pcs Tq Kak Ani
TQ Mandak,Ela n Ira
Bebaru ni jiran2 cik rose mengorder apam polkadot.Kak Ani tempah untuk diberi pada anak sedaranya yang datang dari Langkawi.Sementara Makndak Soleha dan lain2 lak tumpang menyelit tempah.Diaorang tau aritu cik rose mengedot apam untuk Kak Ani..diaorang pun mintak dibuatkan apam ni..Ok lah cik rose ucapkan bebanyak terima kasih pada uallz ber4 coz sudi mengorder ngan cik rose ye.Lain kali leh order lagi k.

3 DESSERT TERBARU

 JAPANESE CRISPY CREAM PUFF 25pcs RM40
 VANILA MILLE CREPE CAKE RM80
TIRAMISU MILLE CREPE CAKE RM80
SRH ingin perkenalkan 3 lagi jenis dessert terbaru.Kalau n3 sebelum ni..tentang Durian Crepe sejenis dessert yang tengah malatop-latop sekarang nihh.Kali ini tentang 3 lagi jenis dessert yang juga tengah hangat dipasaran,yang pertama tentang Japanese Crispy Cream Puff,lebih kurang sama jer dengan cream puff yang pernah cik rose buat sebelum ni TAPI yang ni..lebih sedap,lebih crispy dan kalau dimakan tanpa krim pun sedap gak.Yang ke2 tentang Vanila Mille Crepe Cake sejenis dessert omputih gak nihh..tapi bila makan memang best ler apa lagi krimnya rasa macam ais cream.Yang ke3 Tiramisu Mille Crepe Cake pun sedap bangat,rasa krimnya hasil kombinasi cekelat,kopi,cream cheese dan fresh cream memang perghhhh.....


DURIAN CREPE


Durian Crepe 6pcs RM10
Salam.N3 kali ini tentang Durian Crepe yang tengah malatop sekarang nihh...Ianya sejenis dessert omputih yang dimelayukan dengan meletakkan isi durian di dalamnya.Kulit luarnya seperti lempeng atau orang belah utara kata pek nga atau omputih kata pancake dan diletakkan di tengahnya krim serta dilapisi isi durian dan dibalut di gulung seperti ketayap atau kuih dadar.Rasanya pulak  punyalah sedap sambil makan bulih juling bijik mata kerana kesedapannya tuhhh.Lebih sedap lagi kalau diletakkan sekejap dalam peti ess..uuhhh lagi ler malatop.Kalau nak order..boleh call atau sms cik rose ye

LAPIS CHEEZY


3 bekas dadih RM10
Salam n holla,semoga anda para pelawat semua sentiasa berada dalam keadaan sihat2 hendaknya ye,Hari ni nak citer tentang LAPIS CHEEZY ni,dalam bekas dadih,biskut merie di susun dan di lapisi dengan cream cheese yang lemak berkrim.Rasanya memang wallaahhhh,sedap sesangat.

CHOC MOIST CAKE

Choc moist ni sesaja buat untuk anak2 makan.Ada lebihan ganache dan strawberry so jadi ler choc moist ni,bukan main sukenyer si Faris anaik bongsu cik rose.

TQVM FARIDAH


RM60
N3 kali ini tentang kek birthday yang ditempah oleh Faridah jiran cik rose untuk 2 orang anak sedaranya,shuhada dan najwa..biasanyer budak perempuan minat giler dengan barbie ke,snow white ke tapi 2 beradik ni minat sesangat dengan si angry bird.Faridah tempah vanilla sponge cake with strawberry filling saiz 9".Anyway tqvm ya Faridah coz sudi tempah dengan rose.Lain kali leh tempah lagi

TQVM ADK NANI

Choc Moist Cake with fresh strawberries RM55
Salam semua.N3 ni tentang choc moist cake yang telah ditempah oleh adik nani,adik cik rose.Dah lama teringin nak makan katanya so cik rose buatkan ler.Feedback dari adik nani,suaminya dan keluarga mertuanya yang rasa kek ni semua kata sedap tak manis sangat,kira sedang2 ler.Ye ker,alhamdulillah.Lepas ni boleh order lagi,anytime kak rose leh buatkan.

KELAS CARTOON ARTWORK

 Ini Snow White cik rose
Ini kereta merah julia
N3 kali ini lak tentang kelas cartoon artwork yang telah cik rose hadiri bersama teman bakers cik rose,julia.Kami berdua berguru dengan ninie Delicia Cuppies owner.Actually ninie pun kawan kitaorang gak nihh.Ninie telah dulu join kelas cartoon artwork so apa salahnya kami berdua berguru dengan dia pulak.Tqvm ninie di atas segala tunjuk ajar dan hidangan nasi briani yang marbelesss

KELAS ROTI


N3 kali tentang kelas roti yang telah cik rose hadiri pada 22/9/12 yang lalu di krazycakes..tuuu dia punya la lama dok tersimpan dalam camera.Kelas aritu memang best.sifu Hariaty atau Ti telah ngajor dari satu adunan boleh buat pelbagai jenis roti.Ti ajar 10 jenis roti yang memang lembut dan sedap.Ini kira kelas basic nanti boleh ler join kelas advance pulak.Tqvm ya Ti di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan.

TQVM ADIK ZAH


CHOC BROWNIES RM50
Tq adik zah atas tempahan brownies ni.Actually adik zah ni adik kepada regular kastemer cik rose gak.Adik zah order brownies ni untuk di bawa ke birthday party anak sedaranya di Tanjung Dawai.Brownies ni berukuran 10"x10" tapi adik zah minta di potong sliice supaya senang budak2 n mak2 budak makan he..he..Sekali lagi tqvm lepas ni leh ler order lagi.

KEK KAWEN AZWA DAN MAN


2 tier wedding cake.Bottom layer,choc moist cake
with strawberry filling n top layer,vanilla sponge cake
with orange filling.RM180
Salam n holla semua,semoga anda sihat bahagia hendaknya ye.Lama bebenor cik rose tak update blog.Fening ler ngan laptop rosak yang belum dibaiki lagi.Seb baik ler si Faiz anak bujang cik rose cuti mid sem leh ler pinjam kejap laptop dia.Banyak gambar yang tersimpan dalam camera yang belum diupload.Ini salah satunya,gambar kek kawen azwa dan man.Actually si wawa ni..adik cik rose yang telah melangsungkan perkahwinannya pada oktober lepas.Anyway wawa,kak rose ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU untuk wawa dan man,semoga bahagia hingga ke hujung nyawa.AMIN