Sunday, 8 July 2012

APAM POLKADOT DAN CUPCAKE ZURA UUM

 50 pcs apam polkadot with peanut butter filling
Apam polkadot yang dah siap packing

180pcs cupcake yang dah siap packing
Salam n holla buat anda para pengunjung,semoga sihat2 jer ye.N3 kali ini tentang apam polkadot dan cupcake yang diorder oleh Zura dari UUM.Actually si zura ni anak sedara cik rose gak yang sedang mengikuti pengajian KPLI di UUM di mana bebaru ni telah menganjurkan majlis makan malam yang jugak berlangsung di UUM.Zura bagi pihak AJKnya telah mengorder apam polkadot dan cupcake yang akan diletakkan di dalam goody bag.So zura requested apam polkadot tu fillingnya dari peanut butter n cupcake pulak cik rose letakkan pelbagai perasa.Apam polkadot n cupcake yang dah siap dipack dimasukkan dalam kotak dan esoknya my loving hubby hantar melalui pos laju.Walaupun pada mulanya ada masalah di mana apam polkadot sampai dulu sementara kotak cupcake tercicir iaitu masih berada di tempat simpanan barang,walaupun kedua2 kotak dipos serentak.Cemana ekk..jadi cegitu,time ni memang cik rose susah ati betul.Majlis dinner tu akan berlangsung pada ari jumaat malam sedangkan kotak yang berisi cupcake ..ari kamis tak sampai lagi.Puas jugak hubby contact pejabat pos Bagan Ajam,pejabat pos Changlung,bahagian penyimpanan barang dan posman pos laju sendiri.Akhirnya kotak cupcake tu berjaya jugak sampai di tangan zura pada ari jumaat,walaupun Kedah cuti tapi ada jugak kakitangan pos yang buat OT so zura sendiri pergi ambil kotak tu di pejabat pos Changlung pada petang jumaat.ALHAMDULILLAH SYUKUR..Anyway kepada zura dan para AJKnya,diucapkan TQVM coz sudi order dengan cik rose..jangan serik untuk order lagi ye.

SAYONARA HASANI GROUP

 Strawberry slice cake RM30
Blueberry slice cake RM30

Red Velvet Rm80

Salam n holla buat anda para pelawat blog cik rose,semoga anda berbahagia hendaknya.N3 kali ni cik rose nak citer tentang slice cake dan si baldu merah..red velvet.Sebenarnya kek2 kat tu cik rose buatkan untuk memenuhi hasrat anak bujang ke 2 cik rose si Faizal Izham sebagai small farewell party untuk kekawannya di  Hasani Group Pekan Baru Sg Petani sebelum dia melanjutkan pelajarannya ke UPNM.Sebenarnya si Faizal ni pernah bekerja sebagai staff sementara di Hasani Group masa tunggu result SPM.Memang Faizal akrab jugak dengan kekawannya di Hasani termasuklah jugak bossnyer,selalu bekerjasama macam Wonderpet he..he..sori ye joke jer,selalu main futsall bersama n Faizal selalu citer2 ngan cik rose tentang kekawannya termasukler En Faizal supervisornya ehh..betul ke supervisor,maaf ye kalau cik rose silap,tapi Faizal memang selalu citer tentang kebaikan anda semua.So Faizal bagi tau dia nak jamu kekawannya dengan kek,dia taukan mak dia ni pandai buat kek..cewah..cewah..porahh..tak pandai sangat pun..maka pada hari yang dijanjikan cik rose buatkan 2 kotak slice cake dan 2 kotak Red Velvet cake.Kepada En Farouk dan En Faizal tqvm kerana anda sudi terima Faizal bekerja di Hasani,untuk kekawan yang lain Faizal tentu selalu mengingati anda semua.Cik rose sangat berpuas hati dengan kebaikan anda semua..sepanjang Faizal bekerja di sana,terutama sekali tentang penjagaan solat.Sekarang Faizal telah pun berada di UPNM dan untuk anak2 dan adik2 yang berada di Hasani,walaupun Faizal tidak bersama anda,jika nak order kek dengan cik rose boleh jer sms or calling by these number 0194244567/0194411968..SAYONARA HASANI DARI FAIZAL.

APAM POLKADOT

 50 pcs apam polkadot.Job ni..dari Ninie owner Delicia Cuppies,tqvm Ninie

50pcs-tqvm kak kiah
Salam n holla semua..n3 kali ini pula tentang apam polkadot yang telah sekian lama tersimpan dalam camera n baru kali ini ler dapat disiarkan kerana laptop buat hal.Ok apam polkadot atas sekali tu..oder dari my bff Ninie..aritu Ninie dapat banyak order sampai tak menang tangan so Ninie pass over ler kat cik rose,tqvm ye Ninie.Apam polkadot yang bawah tu pulak order dari kak kiah my neighbour kira my regular customer gak nih..tqvm ye cik kiah nanti leh order lagi ye.

CONTINENTAL CAKE:NUTTYCARAMEL


  1. N3 kali ni tentang kek continental yang bernama Nutty Caramel.Bebaru ni sesaja buat untuk makan-makan.Teringin benor nak buat kek ni,setelah balik dari kelas aritu.Setelah sekian lama peram resepi baru kali ni ler dapat buat Nutty Caramel ni..rasa creamnyer memang marvellous kerana diadun dari peanut butter.Tahniah Zalina Yahya dari  Bzee Bakery kerana berjaya cipta resepi kek sempoi ni n kepada Yusniza Yahya dari ccc..tqvm sifu kerana sudi ngajor kek ni.

Saturday, 7 July 2012

HAPPY BIRTHDAY NUR INTAN

 Castle cake just for my loving daughter birthday.
 3D cake;Chocolate moist-RM150
Salam n holla semua para pengunjung blog cik rose,semoga anda semua berbahagia.Lama benor cik rose tak mengupdate blog..dah bersawang dan rumput pun dah setinggi bumbung agaknya.Hal ni..bukanlah disengajakan tapi masalah laptop cik rose yang dah rosak.La ni seb baik ler anak bujang cik rose sedang bercuti semester boleh ler cik rose ambil kesempatan mengupdate blog.Hubby...please beli laptop satu ..he..he..Ok ler..setelah agak lama tak bersiaran ..so n3 kali ni cik rose mulakan dengan kek 3D yang bertema istana ni yang dah sekian lama tersimpan dalam camera.Anak dara cik rose si Nur Intan Nabilah requested kek 3D ni untuk birthday intan yang ke 12 tahun pada 9.5.2012 yang lalu..tuuu dia punyalah lama baru nak citer.Tak pa lah..nak buat cemmana ekk..laptop rosak.kepada NUR INTAN NABILAH ..mak ucapkan HAPPY BIRTHDAY semoga intan menjadi anak yang solehah yang taat kepada perintah ALLAH dan mak abah serta menjadi anak yang cemerlang hidupnya dunia dan akhirat.AMINNN.So kepada anda semua para pengunjung jika ingin hadiahkan kek 3D seperti kek istana ni kepada seseorang yang anda sayangi..boleh ler sms atau calling by these number 0194244567/0194411968.wokey.