Saturday, 7 September 2013

TQ KAK ANI

 50 pcs Blueberry Cheese Tart
RM60
 Snowy Peach cake
RM75
25pcs Creampuff
RM25

Salam n holla semua..lama benor tak menjengah blog cik rose ni,hai..dah penuh sawang dan lalang pun dah sampai ke bumbung.Maaf sesangat kepada anda yang mungkin selalu menjengah blog cik rose asyik tengok benda yang sama jer.Sebenarnya cik rose agak sibuk dengan baking dan bila time free letih pulak nak update blog..walau bagaimanapun untuk mengikuti aktiviti cik rose anda boleh ke fb ye.
Ok lah setelah agak lama menyepi diri..cik rose mulakan n3 kali ni tentang tempahan yang dibuat oleh jiran cik rose.Kak Ani order 50pcs cistat,25pcs creampuff dan sebijik kek snowy peach untuk majlis kenduri di kampungnya Sanglang Kedah.Tqvm ye Kak Ani.

Monday, 18 February 2013

MY FIRST FONDANT CAKE





Salam n holla semua,bebaru ni..cik rose berkesempatan menghadiri kelas kek fondant bersama sifu Norhaslinda di Kaori Decorative Cake,Sg Dua Butterworth.Sifu Linda ni memang pakar dan handal dalam menghasilkan kek fondant.Deco hiasan kek fondantnya sentiasa mengikut trend terbaru.Cik rose dah lama teringin nak "berguru" dengan Linda dan akhirnya pada Sabtu 16/2/13 yang lalu cik rose bersama my bff Ninie bertolak dari SP ke Sg Dua dan sampai dalam sekitar pukul 10am.
Pertama kali bertemu Linda..orangnya memang cantik dan pandai buat kek pulak tu.Sifu! ni bukan nak bodeks tapi saja nak mengampu he..he..he..Anyway terima kasih banyak2 ya Linda kerana sudi ngajor cik rose dan kawan2 dengan penuh sabar.Kami semua puas hati sangat2 dengan ilmu yang kami dapat dari Linda..Selain daripada tu yang bestnyer kelas ni..dapat pulak resepi bagaimana nak menghasilkan sambal nasi lemak yang sangat sedap dan malatoppp...ehh,nanti uallz kata cammana leh keluar tajuk ni dari kek fondant tup..tup.keluar pasal sambal pulak dah.Sebenarnya,kebetulan mak Linda ada sekali dalam kelas,datang menemani anak kesayangannya.So,semasa kami sibuk menyiapkan kek fondant masing2 sempat jugak borak2 dengan mak Linda.Pelbagai topik yang dibualkan sampai le ke topik nasi lemak,lalu dapat le resepi free dari mak cik..Mak cik memang best la,teringin nak jumpa mak cik lagi.Kalau uallz nak dapat resepi sambal nasi lemak malatopp kena la pi jumpa mak Linda he..he..he.
Ok la berbalik semula tentang kek fondant..Bila cik rose dah belajar buat fondant dan deco kek dengan fondant baru le cik rose faham kenapa bakers2 jual kek fondant MAHALKek fondant memang cantik dan tahan lasak,tapi nak menghasilkan kek fondant bukannya kerja mudah,kita perlu teliti dan sabar.
Buat anda para kastemer semua,cik rose bersedia terima tempahan kek fondant sekarang.

ROTI JALA ATAU ROTI KIRAI


Salam n holla semua.N3 kali ni lain sikit dari kebiasaan,selalunya citer tentang kekkkkk..jew,tapi kali ni sesaja bagi laluan pada roti jala ni pulak,Roti jala atau arwah tok dan arwah nenek cik rose panggil ROTI KIRAI bila dimakan dengan kari ayam atau daging memang sedap.Ada jugak roti jala yang dimakan dengan kuah manis seperti kuah durian.
Putera bongsu si Faris yang beriya-iya mintak buatkan roti jala ni,kebetulan abang2nya pun tengah semester break..ok le cik rose buatkan roti jala tu.Aiii..jenuh jugak nak "menjala" sampai sekilo tepung,cam nak patah pinggang dibuatnyer,tapi bila tengok suami dan anak2 makan dengan berselera hilang semua kepenatan.Ianya suatu kepuasan bagi seorang ibu bila masakannya disukai oleh suami dan anak2nya,Betul tak???

TQ AYU

Choc Sponge Cake with fresh cream+ganache frosting
and fresh strawberries,9" RM45

Salam n holla semua.Bebaru ni,masa cuti raya cina yang lepas,cik rose dapat order dari 2 beranak iaitu Ayu dan ibunya Kak Yati.Diaorang order kek ni buat makan2 bersama family.Kak Yati n Ayu nak deco yang simple jer,maka terhasil le seperti yang kat atas tu.Walau pun cik rose tak berapa puas hati dengan deco cam gitu tapi ..ye lah kita ikut je macammana yang kastemer kita nak kan.Walau pun nampak macam tak menarik tapi rasanya memang sedap n wallahhhh.Ye lah bila choc sponge cake yang lombuit (lembut) tu digabungkan dengan fresh cream yang dicampur dengan ganache lalu menghasilkan rasa yang sangat sedap.Tak caya..boleh order dengan cik rose.

CISTAT BLUEBERRY N APAM POLKADOT;TQ AKMA N MIRA

 Blueberry Cheesetart,size 5cm
25pcs-RM30
Apam Polkadot mix filling
50pcs RM18

Salam n holla semua para pengunjung yang dihargi semoga anda bahagia hendaknya ya.N3 kali ini tentang order dari Akma dan Mira dari Politeknik Kulim.Actually Akma tolong order bagi pihak seniornya Mira....Mira order 25pcs cistat blueberry dan 150pcs apam polkadot mix filling.untuk dibawa balik ke KL pada cuti raya cina bebaru ni.Di antara filling apam polkadot ialah strawberry,blueberry,peanut butter,kaya dan kacang merah.Rasa apam polkadot yang lembut dan dicombine dengan filling2 yang telah diciterkan menghasilkan rasa yang sedap.Tak caya tanya Akma dan Mira..he..he..Begitu jugak dengan cistat blueberry di mana shellnya diadun menggunakan pure butter Anchor dan fillingnya pulak terdiri dari Blueberry Pie Filling dan Philadelphia Cream Cheese.
Kepada Akma dan Mira,cik rose ucapkan terima kasih banyak2 kerana sudi order dengan cik rose ya.Lain kali boleh order lagi.

Thursday, 7 February 2013

DURIAN CREPE LAGI


N3 kali ini tentang Durian Crepe (DC) yang diorder oleh kastemer.Time ni..ada separuh dah siap dan ada jugak dok tengah melenggang crepenya.Untuk buat crepenya memang ambil masa jugak untuk menyiapkannya..mau patah pinggang dibuatnya.Jika order DC banyak dan bila dah semua kastemer dah ambil time tu cik rose bayangkan alangkah bestnya kalau ada di spa,sambil berehat boleh jugak dimassage untuk menghilangkan lenguh2 badan..bayang je tak pi pun..Ok la jika anda di luar sana nak order DC boleh je contact cik rose ye.

DOORGIFT;TQ JOHANA

 600pcs plain cupcake
 1pcs plain cupcake RM0.60

Salam n holla semua semoga anda sihat hendaknya ye.N3 kali ni tentang 600pcs plain cupcake yang diorder oleh Johana sebagai doorgift.Johana order bagi pihak pengantin perempuan yang khabarnya dari Singapore dan majlis perkahwinannya diadakan di Hotel D'Vista Sungai Petani.Actually job ni di pass over oleh Julia kawan cik rose.Julia tak dapat ambil order ni kerana perlu pulang ke kampung.Tqvm ye Lia n tqvm jugak pada Johana.Untuk anda semua para pelawat jika ingin mengorder cupcake sebagai doorgift boleh je contact cik rose ye..kalau plain cupcake tu boleh je dipos jika anda tinggal jauh dari kawasan cik rose.Untuk yang berada di kawasan berdekatan rumah cik rose boleh jugak order cupcake yang ada krim sebagai doorgift.Harga boleh dirundingkan.